Ahad, 17 Februari 2013

Hii .. Saya Cocos !


 

Hello , hri ini nak cerita tentang suku kaum cocos ! Kawan-kawan kat Laman Sosial (Facebook) sering bertanya dengan eka sendiri tentang bangsa cocos , kadang-kadang mereka akan tanya , bangsa cocos ? bangsa apa tu ? hihi eka pon susah juga nak cerita . coz eka pon xtw sangat sebenar nya . tapi eka ada buka blog Adam Daniel.
 Orang cocos asalnya dari cocos[Keeling]
 islands,Australia,yang menetap di kawasan itu pada thn 1950-an . Bersama-sama dengan mereka ,mereka membawa gabungan unik keturunan Scotland dan jawa apabila penhijraan mereka . Kebanyakkan orang cocos tinggal di Lahad datu (Kg Cocos) , Kunak (Skim Cocos),Sandakan Dan juga tawau .Lebih kurang 5,000 orang penduduk yang menetap di Sabah lebih kurang 10 kali lebih besar daripada penduduk yang menetap di kepulauan Cocos itu sendiri .Keluarga Cocos awalnya menunjukkan bakat luar biasa untuk penyesuaian.Unsur-unsur tradisi Inggeris-Scotland dan juga jawa telah diserapkan ke dalam budaya amalan orang Cocos .Terdapat makanan tertentu,tarian,muzik dan walaupun bahasa mereka  mempunyai pengaruh barat . Tarian Dangsa ataupun Mansaya Lebaran adalah dipengaruhi tarian Scotland biasanya dilakukan oleh 4 atau lebih pasangan,mereka memakai campuran eklektik puncak bergolak dan kain asli sambil menari mengikut rentak gendang berirama & biola .Walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah beragama Islam ,ramai di antara mereka menggunakan nama Inglish . 



ini merupakan baju adat suku kaum cocos ,(Perkahwinan)
,tengok tak payung tu ? ada duit kan ? hihi .. kalau suku kaum Cocos ,benda itu tidak asing lagi . boleh dikatakan setiap perkahwinan mesti ada .. pengantin akan di arak bersama pasangan nya , selepas itu di pertengahan jalan tetamu akan cuba ambil duit tu , saje nak kasih meriah acara ..Comel Kan Kaka tu :D





Yang Bibik (Makcik) tu pegang ialah Ayam panggang .MMMMmmm Yummyy ! sedap ini . Ayam ini pon akan menjadi rebutan para tetamu yang hadir :) 








 Makcik-makcik tu tengah bwat apa ae ? hmm sebenarnya kedua mempelai akan limpas kat atas kaen ini , bibik and paman (Pakcik) atau pon anak muda ,akan tarik . OMG awas jatuh ya pengantin tu ..Hati-hati .









ini pula acara paling buat huru-hara , keluarga pengantin akan membaling ataupun melempar duit syiling ,gula, dah hadiah yang dibungkus .Kadang-kadang hadia yang dibungkus itu seperti kipas tangan , kerongsang dan sebagainya .



Sebagai Acara tambahan :

joget .



keluarga pengantin lelaki

Keluarga pengantin Perempuan
Pengantin pun ikowt joget :)
 Ini bebeh-bebeh dari telupit tidak silap saya Keluarga pengantin Lelaki .hihi , mengasih hilang boring . bolehlar joget-joget ,xkira lr bebeh kha (Cewek) ,nenek ,adik ,abang ,makcik mahupun pakcik ,nak joget bha blh joget jak. terbuka jangan malu-malu :)


# Ini lr sedikit sebanyak tentang Adat suku kaum Cocos ! next time Kita sambung law dapat maklumat lagi :)





thanx Guys sudi baca citer Eka

0 comments:

Catat Ulasan

Assalammualaikum .. Thank Sudi baca blog eka , dan jangan lupa k tinggalkan pesanan :D